Tuesday, November 14, 2017

Sara's "Fruitful Meeting" with Mary Jardin's CEO Dr Maryam Al Batul


14 November 2017. Jardin Royale Business Lounge.


Our meeting today was an impromptu invitation from Dr Maryam in Facebook comments last few days when Dr Maryam on her business trip to Japan. It was an informal invitation from her, like sara lets meet up! when I responded to one of her post while in Japan asking one question that is , "Maryam nak tanya kalau MJ buka pelung kepada agent yang monthly sale CONSISTENTLY minimum RM75k untuk buka OUTLET MJ di kawasan anda siapa rasa macam nak? HQ akan guide dalam process tu utk buat kedai cantik macam outlet sulung kita di Star Avenue Lifestyle Mall "
 Memang orang kata it was a great opportunity for me, yang memang betul great sangat. I mean siapa lagi yang wise nak cakap mengenai her business that Im doing right now non other than the CEO itself kan? You get what I mean? Sebab sara memang jenis introvert, and all this while, this is not my first time to see her dekat Mary Jardin HQ, many times, but today was very special sebab ia adalah pertama kali only me and her discussing things. She spent her precious 1 and a half hour , and to get words of wisdom from her for free is beyond happiness for me. 
Ia macam satu perasaan terpijak batu loncatan to move to the next phase. Sebab masa awal awal penglibatan buat bisnes Mary Jardin ni, I memang say out loud to my team that I wanted to learn directly from Dr Maryam. And bagaimana nak buat Dr Maryam notice my existence from 5000 agents? Yes, purely from hard work yang diestablished di Mary Jardin sendiri. This is not for brag, I am far from the best tapi currently I am at ranking number 5 from 5000 agents. But....Dr Maryam was saying to me, its actually not a safe seat. So which one is the safest seat? As for my level? hee You guess.
And Dr Maryam did mentioned about jumping from point to point and the skills needed in every point in life as long as you understand the philosophy and principle behind it you can easily get from point A to B .But from B to C, you might need to add extra skills and knowledge etc. 
And apa yang buat sara macam terkejut tadi, hehe shes like reminiscing my memory masa study dulu sebab tiba tiba Dr Maryam sebut mengenai Maslow's Hierarchy of human needs. Hee masa study Human Development dulu mmg ada course ni. Rupanya memang akan di apply juga in my real life .
Jadi sara nak beritahu, apabila kita memilih nak buat bisnes, kita cuba tanya diri kita sama ada bisnes tu memang semata untuk side income untuk memenuhi hierarki paling bawah iaitu, basic needs macam susu anak, duit pampers anak, duit belanja dapur dan sebagainya. Itu kita akan panggil sebagai side income.
Tapi jika kita memilih untuk mendapat lebih dari hierarki basic needs, kita perlu memilih untuk masuk menjadi seorang yang diiktiraf sebagai "businesswoman" or "businessman" yang berjaya. Ciri ciri dan bagaimana nak menjadi businesswoman yang berjaya tu, kita memang kena belajar lebih lagi dan berusaha cari ilmu. Sara harap semua boleh faham apa yang sara cuba sampaikan ni. Kerana dari perspektif dan sudut pemikiran seorang businesswoman adalah, business is something that can help MONEY to MAKE MONEY. Dari situ lah kita akan mula EXPAND atau berkembang.
Sebagai contoh, Dr Maryam bermula dengan hanya jualan 200 set pertama Mary Jardin yang dibuat dari dapur rumahnya sahaja dan kini agen Mary Jardin di dalam sistem mencecah 5000 orang dan juga selain Mary Jardin, Dr Maryam mempunyai 5 company Sdn Bhd atau perniagaan di bawahnya yang tidak berkaitan dengan Mary Jardin dalam masa setahun. All of this inspirations and wisdom macam ni memang kita kena baca dari buku buku biografi atau buku yang CEO nya seorang penulis. Kita boleh mendapat lebih banyak inspirasi dan juga cuba mencari ilmu terus dari CEO itu sendiri kerana sekarang telah begitu banyak lubuk training dari pelbagai bidang yang boleh kita rujuk. 
Kita kena ubah mata kita menjadi seperti mata burung helang yang sentiasa menganalisa apa yang berlaku dalam dunia bisnes, sebagai contoh kalau pergi ke shopping complex, atau mall kita cuba kaji bagaimana front end people ni setup kedai kedai mereka seperti contoh The Body Shop, Dermalogica dan sebagainya. Kadangkala kita lihat sendiri butik kecantikan antarabangsa yang di dalamnya tiada orang berpusu seperti di kedai jamu atau retail store lain, tapi bagaimana jenama itu boleh bertahan berada menyewa di situ walaupun kita lihat ia kerapkali kosong, dan jenama terbabit boleh bertahan sehingga belasan atau puluhan tahun. Something to ponder right?
Yes , think! 
Sara nak cerita banyak lagi, tapi ia mungkin tak menjadi sesuatu yang ekslusif lagi hehe kerana ada juga strategi rahsia yang diperturunkan sendiri dari CEO Mary Jardin Dr Maryam dan Dr Athiq.
Tetapi sara harap, you guys yang read my entry today will feel the aura and her wisdom and boleh spark yourself to think more too. 
Setakat ini sahaja. Pesan sara pada semua :
JANGAN PERNAH BERHENTI BERUSAHA!! KITA JUMPA DI TANGGA KEJAYAAN! 

No comments:

Post a Comment