Tuesday, November 21, 2017

Checklist Persediaan Keperluan Produk Berpantang Mama Sara & Sofia



Sara masih ingat lagi, antara waktu yang paling rileks ketika nak melahirkan dan tengah melayan contraction, adalah ketika seorang diri je sambil mandi air suam lama lama dalam bilik air. 
Sara melayan contractions dari jam 8 malam sampai lah esok paginya 6 pagi di rumah. Dan terus ke hospital dan dimasukkan ke wad. Di hospital pun sara melayan contraction lagi dengan essential oil Peppermint, dan mandi dengan sabun serai Afiat. Memang lega and segar sungguh rasa! Pulak tu Hospital angkatan tentera mizan masa tu sara sorang je check in and nak beranak.
Berpantang pula, memang sara rasa antara perkara best ketika berpantang adalah ketika dapat mandi and segarkan diri and bersihkan luka dan juga dirawat dengan produk pantang yang sesuai. Sebab kalini kali kedua sara akan berpantang, jom tengok checklist produk apa sara nak beli to support my confinement journey this time!

1. Young Living Essential Oils. Semestinya yang wajib sara akan gunakan. It help big time MasyaAllah! Perlu ada diffuser sekali tau!
2. Set Bersalin Afiat ni harganya tak sampai RM 100. Sara memang suka pil jamu dia, mandian serai, dan juga feminine wash dia. Rasa selesa sepanjang berpantang ambil 3 benda ni.
3. Semestinya perawatan wajah dari Mary Jardin. Face Oil dia pun dah cukup buat sara rasa rileks dan destress. Di Samping itu skincare ni lengkap nak kembalikan keserian wajah, secara semulajadi dan alami.

**essential set and basic set last diskaun esok 23 November 
4. Kalau taknak terseksa nak membuang air besar, wajib ada Phytonatal ni ! Ya Rabbi sara hari ketiga baru suruh suami beli. Sepatutnya memang perlu ada dari awal lagi! Boleh tambah minyak herbanika sebagai pilis juga dan juga air akar herbanika untuk minuman merawat dalaman.
5. Set terbaru ketika nak mandi, haruslah set penjagaan badan dari Mary Jardin. Lengkap dengan body scrub yang asli dari gula supaya boleh kembali cantik , kulit halus dan gebu hee, face mist nak segarkan wajah, lip butter nak lembapkan bibir, dan juga hand and body lotion untuk beri kelembutan dan elak kekeringan kulit. Boleh beli sebab memang tengah diskaun gegiler pun...

6.Set Magnesium Oil and Magnesium Flakes.

7. Sebagai tambahan , boleh ambil AstaCeracol untuk minum 5 kali seminggu. Semestinya dari Mary Jardin dan juga Pea Protein Powder dari Mary Jardin yang akan dilancarkan 25-26 November nanti! 
Amacam...rasa semangat tak tengok list ni? Rasa rasa lepas tak sara propose kat cik abang nak beli semua ni? Hehe. Perlu tau untuk sara semua ni! Jangan lupa kalau nak dapatkan Mary Jardin, sara ada, boleh terus je buat pembelian di web ni atau PM sara di whatsapp :  Boleh terus hubungi sara di link whatsapp http://www.wasap.my/+60124928454 

Facial Massage & Therapy Time. Ambil Masa 30 minit Seminggu Untuk Rileks Serendah RM 20




Sebagai wanita, samada bekerjaya atau tidak, sudah berkahwin atau tidak, sudah mempunyai anak atau tidak kita memang akan menghadapi emosi yang pelbagai setiap hari. Berita kurang baiknya, setiap apa yang berlaku setiap hari melibatkan mental dan fizikal kita akan mempengaruhi emosi dalaman kita dan yang paling penting, bila kita penat mental atau fizikal, kita memang susah nak rileks atau happy! Hormon stress memang jahat :( , it can lead you to unhealthy lifestyle and as well penyakit yang tak baik pun mula lah nak menjengah.
Suka tak kalau sara katakan, now kita boleh atasi semua itu dengan penjagaan diri secara holistik, salah satunya adalah merapikan diri dengan terapi dan juga tak lupa penjagaan badan dan wajah secara total! Termasuklah penjagaan wajah.
Sekarang memang advanced kan teknologi penjagaan wajah. Macam macam ada. Tapi sebagai seorang ibu kepada bakal 2 orang anak, sara lebih suka memilih "pampering" myself dengan harga yang affordable, tapi masih lagi mewah dengan menggunakan produk natural dan basic.
Kalau kita bijak menjaga wajah, kita tidak sangat memerlukan teknologi atau krim atau produk yang lebih advanced dan terlalu mahal harganya. Cukup saja dengan penjagaan rapi , whiteheads,  blackheads, jerawat , kulit kusam, pun susah nak menjengah. Skincare routine yang baik juga akan memudahkan kita enhance beauty dengan mengguna hanya makeup tipis. 
Orang kata SIMPLE!
Kita akan berhadapan dengan manusia setiap hari, jadi penjagaan wajah, emosi , kesihatan adalah perkara paling penting untuk kekal bahagia dan happy selalu. Barulah boleh jemput rezeki dengan mudah kan. 
Panjang betul intro sara. Sebenarnya sara nak kongsi pengalaman harini memilih servis dari Ada, therapist dari The Babes Spa. Best sebab ada mmg bagi harga yang sangat affordable and mengguna essential oil berkualiti sepanjang perawatan and yang best, facial massage tadi kami guna produk Mary Jardin! Sara memilih refleksologi, urutan belakang dan juga facial. Sara memang tak suka urutan yang terlalu kuat, tapi rawatan Ada just nice for me. Tak menyakitkan, tapi memberi kelegaan and make me feel so relax. Sebenarnya ni kali kedua sara diurut oleh Ada.
Yang sara tak boleh lupa adalah, facial massage session. Produk yang diguna adalah simple sahaja, 4 berangkai dari Mary Jardin, tapi sara benar-benar suka sesi urutan wajah, boleh hilangkan rasa ketegangan di wajah, hilangkan stress, and buat kita rasa betul betul rileks. The after feelings? kulit lembut ibarat bayi sebab dah diurut dan dilulur dengan sabun Mary Jardin dan juga Clay Mask Mary Jardin. Dioles dan diurut lagi dengan face oil yang berbau aromaterapi. I just love it!
Selepas habis sesi urutan, dan facial, sara berkesempatan membuat analisis nadi dengan Ada. Ternyata sara perlu mengawal diri dari terlalu penat mental.When Im mentally exhausted , memang badan pun akan turut terasa kepenatannya. Tambahan pula sara dah nak approach 34 weeks pregnant. Jadi bagi sara penting, kita sebagai wanita yang sibuk, luangkan masa sekurangnya 30 minit seminggu untuk rilekskan diri kita. Tinggalkan semua urusan kerja dan anak anak kepada orang lain buat seketika.
Thats when you can find BALANCE!
Isteri dan ibu yang happy, akan mengharmonikan dan membahagiakan sesebuah keluarga. Insya Allah Amin!

Maka , sara nak tanya, ada yang nak berfacial massage and therapy serendah RM 20 mengguna produk Mary Jardin ?  


Wednesday, November 15, 2017

Jawatan Kosong Secara Sambilan dengan Sara & Sofia


JAWATAN KOSONG SAMBILAN 
  1. 5 orang Sales Representatives Sara & Sofia / Wakil Jualan Sara & Sofia secara Sambilan
  • Akan Diserap Masuk sebagai “Special Team Sales Sara & Sofia” (bukan sebagai dropship/agen berdaftar Mary Jardin)
  • Boleh bekerja dari rumah secara online dan juga offline
  • Latihan akan diberikan
  • Akan dimasukkan ke dalam GROUP “Special Team Sales Sara & Sofia” untuk bekerja secara berkumpulan di alam maya

       Skop Tugas/Skill & Syarat:
  • Mengenalkan dan menjual produk Mary Jardin di Facebook/Instagram/Page atau secara offline menggunakan Teknik yang betul
  • Menjaga hubungan baik dengan pelanggan
  • Mencari minima 5-10 pelanggan baru setiap bulan
  • Gaji tetap bermula RM XXX mengikut tangga sales yang dicapai, komisen akan diberikan mengikut “performance” bulanan
  • Membuat Laporan Hasil Kerja Bulanan
  • Waktu kerja adalah fleksibel dan secara virtual
  • Gaji akan diberikan setiap 25 hb
  • Memahami dan menguasai Teknik jualan
  • Menguasai wilayah/kawasan tempat tinggal
  • Sentiasa bersemangat dan bermotivasi
  • Penggunaan produk akan diberikan secara percuma
  • Pelbagai kelebihan menarik yang akan diberitahu kemudian seperti special rewards, team outing, team retreat dan sebagainya
  • Kelayakan minima SPM
  • Usia di antara 18-45 tahun
  • Sila hubungi Puan Sara di Whatsapp 012-4928454 segera! atau email di sarasofiabiz@gmail.com

Tuesday, November 14, 2017

Sara's "Fruitful Meeting" with Mary Jardin's CEO Dr Maryam Al Batul


14 November 2017. Jardin Royale Business Lounge.


Our meeting today was an impromptu invitation from Dr Maryam in Facebook comments last few days when Dr Maryam on her business trip to Japan. It was an informal invitation from her, like sara lets meet up! when I responded to one of her post while in Japan asking one question that is , "Maryam nak tanya kalau MJ buka pelung kepada agent yang monthly sale CONSISTENTLY minimum RM75k untuk buka OUTLET MJ di kawasan anda siapa rasa macam nak? HQ akan guide dalam process tu utk buat kedai cantik macam outlet sulung kita di Star Avenue Lifestyle Mall "
 Memang orang kata it was a great opportunity for me, yang memang betul great sangat. I mean siapa lagi yang wise nak cakap mengenai her business that Im doing right now non other than the CEO itself kan? You get what I mean? Sebab sara memang jenis introvert, and all this while, this is not my first time to see her dekat Mary Jardin HQ, many times, but today was very special sebab ia adalah pertama kali only me and her discussing things. She spent her precious 1 and a half hour , and to get words of wisdom from her for free is beyond happiness for me. 
Ia macam satu perasaan terpijak batu loncatan to move to the next phase. Sebab masa awal awal penglibatan buat bisnes Mary Jardin ni, I memang say out loud to my team that I wanted to learn directly from Dr Maryam. And bagaimana nak buat Dr Maryam notice my existence from 5000 agents? Yes, purely from hard work yang diestablished di Mary Jardin sendiri. This is not for brag, I am far from the best tapi currently I am at ranking number 5 from 5000 agents. But....Dr Maryam was saying to me, its actually not a safe seat. So which one is the safest seat? As for my level? hee You guess.
And Dr Maryam did mentioned about jumping from point to point and the skills needed in every point in life as long as you understand the philosophy and principle behind it you can easily get from point A to B .But from B to C, you might need to add extra skills and knowledge etc. 
And apa yang buat sara macam terkejut tadi, hehe shes like reminiscing my memory masa study dulu sebab tiba tiba Dr Maryam sebut mengenai Maslow's Hierarchy of human needs. Hee masa study Human Development dulu mmg ada course ni. Rupanya memang akan di apply juga in my real life .
Jadi sara nak beritahu, apabila kita memilih nak buat bisnes, kita cuba tanya diri kita sama ada bisnes tu memang semata untuk side income untuk memenuhi hierarki paling bawah iaitu, basic needs macam susu anak, duit pampers anak, duit belanja dapur dan sebagainya. Itu kita akan panggil sebagai side income.
Tapi jika kita memilih untuk mendapat lebih dari hierarki basic needs, kita perlu memilih untuk masuk menjadi seorang yang diiktiraf sebagai "businesswoman" or "businessman" yang berjaya. Ciri ciri dan bagaimana nak menjadi businesswoman yang berjaya tu, kita memang kena belajar lebih lagi dan berusaha cari ilmu. Sara harap semua boleh faham apa yang sara cuba sampaikan ni. Kerana dari perspektif dan sudut pemikiran seorang businesswoman adalah, business is something that can help MONEY to MAKE MONEY. Dari situ lah kita akan mula EXPAND atau berkembang.
Sebagai contoh, Dr Maryam bermula dengan hanya jualan 200 set pertama Mary Jardin yang dibuat dari dapur rumahnya sahaja dan kini agen Mary Jardin di dalam sistem mencecah 5000 orang dan juga selain Mary Jardin, Dr Maryam mempunyai 5 company Sdn Bhd atau perniagaan di bawahnya yang tidak berkaitan dengan Mary Jardin dalam masa setahun. All of this inspirations and wisdom macam ni memang kita kena baca dari buku buku biografi atau buku yang CEO nya seorang penulis. Kita boleh mendapat lebih banyak inspirasi dan juga cuba mencari ilmu terus dari CEO itu sendiri kerana sekarang telah begitu banyak lubuk training dari pelbagai bidang yang boleh kita rujuk. 
Kita kena ubah mata kita menjadi seperti mata burung helang yang sentiasa menganalisa apa yang berlaku dalam dunia bisnes, sebagai contoh kalau pergi ke shopping complex, atau mall kita cuba kaji bagaimana front end people ni setup kedai kedai mereka seperti contoh The Body Shop, Dermalogica dan sebagainya. Kadangkala kita lihat sendiri butik kecantikan antarabangsa yang di dalamnya tiada orang berpusu seperti di kedai jamu atau retail store lain, tapi bagaimana jenama itu boleh bertahan berada menyewa di situ walaupun kita lihat ia kerapkali kosong, dan jenama terbabit boleh bertahan sehingga belasan atau puluhan tahun. Something to ponder right?
Yes , think! 
Sara nak cerita banyak lagi, tapi ia mungkin tak menjadi sesuatu yang ekslusif lagi hehe kerana ada juga strategi rahsia yang diperturunkan sendiri dari CEO Mary Jardin Dr Maryam dan Dr Athiq.
Tetapi sara harap, you guys yang read my entry today will feel the aura and her wisdom and boleh spark yourself to think more too. 
Setakat ini sahaja. Pesan sara pada semua :
JANGAN PERNAH BERHENTI BERUSAHA!! KITA JUMPA DI TANGGA KEJAYAAN! 

Sunday, November 12, 2017

"Pengalaman" setahun jagung ku dalam dunia Bisnes. Di sini Sara & Sofia bermula



Pengalaman akan mendewasakan kita. Sara terpanggil untuk menulis pengalaman sara sendiri melakukan bisnes secara kecil kecilan dari rumah , dan juga pernah melakukan bisnes "direct sellings" dengan sales yang lebih besar bertahan selama 3 tahun. Setiap orang ada "jiwa" nya sendiri, sara tinggalkan bisnes direct sellings tersebut atas sebab peribadi. 
Ini semua adalah pengalaman berharga yang banyak mengajar sara untuk menjadi cekal dan semangat untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa cuba menambah baik lagi.Jika sara tak melalui segala pengalaman ini, mana mungkin sara berada di tahap sekarang di mana semakin improved belajar dan belajar lagi dalam dunia usahawan dengan lebih serius.
Sara bukanlah yang bijak di Universiti, ketika buat ijazah, hanya pelajar sederhana yang mendapat Second Upper Class Degree. hehe. Itu pun lepas lecturer berkali kali sound pasal Final Year Project yang tahap boleh bagi Fail kata dia. hehe. Am I a failure? No lah. Lepas tu lepas baiki balik, okay saja graduasi lah sara pada tahun 2011. 
Memang bernasib baik sebab lepas graduasi je terus dapat kerja dekat company best dengan gaji agak lumayanlah for a fresh graduate. RM 2800 tahun 2011. Pretty much a very good deal. Pulak tu kerja shift,elaun mmg banyak, kalau ada kerja malam etc, boleh dapat up to RM 4000. Then sara berjumpa dengan produk direct sellings, dipendekkan cerita, lepas setahun lebih buat bisnes tu secara part time, sara berhenti kerja. Difikirkan balik, Ya Allah kenapalah aku berhenti kerja, usia time tu muda lagi, bujang lagi. Boleh je nak part time. Entah , masa tu misi dan visi dia was money oriented. So jiwa anak muda kan. Tapi tak ada apa yang dikesali. Lepas berhenti kerja sara memang buat kerja basic orang sales. Bisnes ketika tu memang agak pressure bagi sara (sara tak tahu culture mereka now) but at that time, its kindof desperate and pushy environment. Kerja yang sara tak pernah buat yang sara berjaya buat dengan bisnes tersebut termasuklah bagi flyers tepi jalan dkt strangers, bercakap dengan 10 strangers sehari, timbang strangers tepi jalan, buka booth di Giant timbang orang, approach orang dan sebagainya. Banyak sungguh erti yang sara belajar.
Tapi klimaksnya adalah pada tahun ketiga, apabila apa yang sara buat ketika tu seolah tak menjadi dan dah tak ada jiwa nak teruskan dalam keadaan yang mendesak untuk membayar komitmen. Sara antara yang terawal berhenti dan terus buka Jobstreet. Mencari kerja. dalam beberapa minggu sara dapat tawaran kerja dengan Lenovo. Gaji memang beza langit dan bumi dari saat lepas graduasi dan ketika buat bisnes direct sellings. Semua nya hanya cukup cukup makan. 2 tahun berlalu, sara seolah serik nak berniaga lagi, sara bantu abang sara seketika berjualan apparels dan baju baby di website. Tak mampu juga bertahan. Kerana tiada ilmu yang betul. Tiba masanya sara bernikah, sara masih sara yang serik nak lakukan bisnes apa apa. Sara jalani kehidupan biasa biasa , dan disahkan mengandung Sofia Althafunnisa, sara memang beritahu suami sara, sara taknak berhenti kerja sampai lah tiba masanya habis bayar komitmen.
Target sara ketika itu adalah nak selesaikan hutang yang membukit dengan bank. Sara teruskan kerja sampai lah saat melahirkan Sofia dan sara dapat cuti maternity selama 2 bulan. Usai balik dari maternity leave, kami dah mula mendengar gosip tak best iaitu, company tengah nak buang orang kerja, sara mencari kerja lain, dan sara dapat kerja berdekatan TUDM dengan gaji yang lumayan. Tapi entah di mana silapnya lepas sara hantar surat resign pada hari kedua kembali dari maternity leave, they said, the company cant wait for 1 month notice. dan pada ketika itu, my team leader , siap cakap lagi, yes I memang nak suggest you berhenti pun jaga anak you is better, jaga dia sendiri. Balik je rumah sara bagitahu kepada mak sara, and she was shocked.
Hati sara memang macam tisu ketika tu, fikir nak buat kerja apa cari duit lebih. Lagipun sara tak sampai hati tengok mak nak jaga baby sara kecik masa tu. Kita tahu penat dia macam mana kan. So kalau sara ada dkt rumah jaga sendiri, even better. Sara jadi babysitter for 6 months, sara decide berhenti jadi babysitter lepas abang cakap kami akan berpindah ke TUDM pada tahun 2017. So ngam ngam sara ikut abang ke Spain for almost a month, Sara pun dah tak jaga baby orang lagi. Dalam masa yang sama menjaga baby, sara berjualan botol susu kaca, dan juga homemade balms/oils. Laku memang laku. Selori sampai barang, habis dalam beberapa bulan sahaja. Untung juga banyak, tapi sara tak reti manage duit. Akhirnya sekali lagi, duit memang hanya untuk bayar komitmen and tak nampak apa apa keuntungan.
Balik sahaja dari Spain, sara dan abang jual kereta Lancer sara. Subhanallah it was peace of mind! hilanglah satu burden di bahu sebab bulanan nya agak mahal mencecah 4 angka. Sara dah tak mampu nak maintain. So pesan sara pada anak muda, janganlah ikut kata hati. Kereta ni yang boleh bawak you moving. So fikir betul betul sebelum nak beli. Rangka elok elok ikut kemampuan diri. 
Sara pernah cerita bukan, bila sara berjalan, sara suka cari inspirasi, termasuklah dari kembara ke Europe selama sebulan tu, sara mendapat ilham, dan azam tahun 2017 yang baru. Sara tanam azam nak jadi sara yang dulu tapi mahu lakukan bisnes secara sungguh sungguh. Sara mencari cari bisnes yang sesuai. Akhirnya bertemu dengan Mary Jardin. Atas pengalaman bisnes yang lalu , sara memang tanam target awal awal lagi di mana sara nak capai. Target pertama sara berjaya capai pada bulan ke empat dalam bisnes. 
Sara mula mendapat gaji yang sudah lama sara tak rasa. Namun sara tidak reinvest balik duit untung yang dapat tu kepada bisnes dan lebih fokus tentang perkara lain. Sara mula tersedar pada beberapa bulan yang lalu lepas diumum top 50 achievers yang mendapat kelas ecommerce web percuma dari HQ Mary Jardin. Ia merupakan the biggest turning point to my business. Selama 3 bulan berturut bisnes sara memang improved sangat sangat dari personal sales hingga ke total group sales! Sebab sara mula belajar aplikasi ilmu yang sara dapat satu persatu. Bila bisnes dah nampak berkembang, now sara dah sarat mengandung, akan melahirkan tak lama lagi. Sara mula hire 1 staf part time yang pada mulanya hanya runner. Alhamdulillah.
Banyak perkara menjadi lebih terurus walau banyak lagi perkara yang perlu dipelajari bersama. Tahun 2018 sara tidak mahu lagi perkara yang sama berulang dan mahu kukuhkan branding group MjSS dan mysarasofia/ Sara & Sofia ke level yang seterusnya.
Sara nak akhiri sharing pada harini dengan ingatan buat yang baru bermula jinak dalam bisnes. Jangan sesekali lupa tulis dahulu your OPEX. (Operational Expenditure) dan applykan dalam bisnes anda. Baru anda tahu kenapa anda buat bisnes dan cuba dapatkan max profit/revenue.

Operational Expenditure :

1. Gaji sara : berapa gaji anda tetapkan untuk diri sendiri dalam bulanan/tahunan
2. Gaji staf : berapa gaji tahunan staf dan bulanannya
3. Marketing : berapa kah total RM yang perlu dikeluarkan bulanan dan tahunan
4. Savings : Berapa savings yang perlu dalam setahun?
5. Cost price dan Sell price : Produk sendiri atau produk orang lain perlu tahu cost price dan sell price dan Sales bagaimanakah perlu anda lakukan bulanan/tahunan untuk dapat kan 1-4
6. Logistics : Kos begini harus diambil kira
7. Rental : Sara beroperasi dari rumah namun sara menyewa domain dan ecommerce web. Maka ia harus diambil kira.

8. Miscellaneous : Lain lain expenses

Itu sahaja nukilan sara untuk November 2017. Kita bertemu lagi nanti di tangga yang lebih gemilang!

JANGAN BERHENTI BERUSAHA!!!! 

Tuesday, November 7, 2017

Promo November Sempena #NATURALBEAUTYFEST2017




Hari ini bersamaan 7 November 2017, Mary Jardin Official telah membuat pengumuman penting kepada semua agen Mary Jardin keseluruhannya bersempena dengan NaturalBeautyFest 2017. Seperti yang telah dijanjikan, sara ingin mengumumkan promo untuk bulan November tetapi sebelum itu sara ingin mewar-warkan bahawa NaturalBeautyFest ini akan diadakan pada 25 dan 26 November 2017.
Pelbagai aktiviti menarik telah di aturkan antaranya adalah :
1) Up to 70% sales on selected Mary Jardin items! 

2) Skincare, bodycare and supplements booth 

3) Make up showcase by MUA!

4) Organic skincare talk on how to see the label before you purchase any skincare/products. What you have to know and stuff. What's the best and basic thing about organic skincare. 

4) Defect Luxe Label Items sales! U can get them all at a very affordable price! Defect tak nampak sangat punn. Almost invisible This is the first MJ shawl release ;)

Lastly, the most interesting part is...

Launch Ceremony of
1) Pea Protein Drink (new healthy drink is out!)
2) Rose Garden Luxe Label🌹 (2nd shawl release!)
Okay jom lihat apakah list ke 17 promo yang akan available pada hari tersebut. Berita baik anda akan dapat mula order pada 8 November hingga 23 November 2017. Pengeposan akan dilakukan bermula 27 November. 

Terkejut? Kami juga terkejut. Esok 8 November sara akan mula update setiap item promo ini di website untuk membolehkan anda membuat pembelian PREORDER.
JOM ORDER DARI KAMI SEKARANG!
MINIMUM CHARGE FOR PERSONAL SHOPPER!


Monday, November 6, 2017

Successful ME TIME Event 2017

Pada hari Ahad lalu bersamaan 5 November 2017 , Sara dan team MjSS dan dari company Sutrina telah menganjurkan satu event pertama kali meraikan wanita untuk memanjakan diri dan "release" kan "stress" di event ini kerana selama beberapa jam kami telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya sesi totok wajah oleh Puan Kiki Certified Indonesian Therapist dari Java Heritage Spa, sesi makeover oleh Makeup Artist, Nurul Daud dan juga sesi foot and shoulder massage oleh Puan Adha ,Energy Therapist Consultant. Di samping itu kami juga menjalankan sesi "awareness" dan hands on produk natural handcrafted bebas bahan kimia berbahaya yang semakin mendapat hati wanita yang mementingkan kesihatan dan kesan jangka panjang. Yang penting ianya adalah halal, dan produk Bumiputra , tempatan. Bertemakan ala antarabangsa, mewah dan ekslusif. 
Really, wanita kita perlu sama sama menyokong sesama sendiri dan empowers each other. Kebanyakan yang hadir memang sudah sedia letih dan perlukan me time seketika berjauhan dengan anak dan suami selama beberapa jam. Kita perlu ceriakan diri, transfer positive vibes dan juga mencari ruang dan peluang memanja dan merehatkan diri dan minda. Kesemua perkara ini perlu dilakukan sesekali kerana kita manusia biasa yang perlu destress. 

So girls,jangan lupa ya, rest when you are tired, pamper yourself when you need to, becos this are all the things that can keep you sane!

Pada hari tersebut kami juga memberi awareness tentang betapa pentingnya menggunakan skincare natural dan kosmetik natural yang non toxic dan bebas dari bahan kimia bahaya untuk kesan jangka masa panjang.
Jadi pilihlah Mary Jardin! 
Kami akan kembali dengan ME TIME event yang seterusnya. 
dan pelbagai lagi event menarik!