Sunday, November 12, 2017

"Pengalaman" setahun jagung ku dalam dunia Bisnes. Di sini Sara & Sofia bermula



Pengalaman akan mendewasakan kita. Sara terpanggil untuk menulis pengalaman sara sendiri melakukan bisnes secara kecil kecilan dari rumah , dan juga pernah melakukan bisnes "direct sellings" dengan sales yang lebih besar bertahan selama 3 tahun. Setiap orang ada "jiwa" nya sendiri, sara tinggalkan bisnes direct sellings tersebut atas sebab peribadi. 
Ini semua adalah pengalaman berharga yang banyak mengajar sara untuk menjadi cekal dan semangat untuk melakukan yang terbaik dan sentiasa cuba menambah baik lagi.Jika sara tak melalui segala pengalaman ini, mana mungkin sara berada di tahap sekarang di mana semakin improved belajar dan belajar lagi dalam dunia usahawan dengan lebih serius.
Sara bukanlah yang bijak di Universiti, ketika buat ijazah, hanya pelajar sederhana yang mendapat Second Upper Class Degree. hehe. Itu pun lepas lecturer berkali kali sound pasal Final Year Project yang tahap boleh bagi Fail kata dia. hehe. Am I a failure? No lah. Lepas tu lepas baiki balik, okay saja graduasi lah sara pada tahun 2011. 
Memang bernasib baik sebab lepas graduasi je terus dapat kerja dekat company best dengan gaji agak lumayanlah for a fresh graduate. RM 2800 tahun 2011. Pretty much a very good deal. Pulak tu kerja shift,elaun mmg banyak, kalau ada kerja malam etc, boleh dapat up to RM 4000. Then sara berjumpa dengan produk direct sellings, dipendekkan cerita, lepas setahun lebih buat bisnes tu secara part time, sara berhenti kerja. Difikirkan balik, Ya Allah kenapalah aku berhenti kerja, usia time tu muda lagi, bujang lagi. Boleh je nak part time. Entah , masa tu misi dan visi dia was money oriented. So jiwa anak muda kan. Tapi tak ada apa yang dikesali. Lepas berhenti kerja sara memang buat kerja basic orang sales. Bisnes ketika tu memang agak pressure bagi sara (sara tak tahu culture mereka now) but at that time, its kindof desperate and pushy environment. Kerja yang sara tak pernah buat yang sara berjaya buat dengan bisnes tersebut termasuklah bagi flyers tepi jalan dkt strangers, bercakap dengan 10 strangers sehari, timbang strangers tepi jalan, buka booth di Giant timbang orang, approach orang dan sebagainya. Banyak sungguh erti yang sara belajar.
Tapi klimaksnya adalah pada tahun ketiga, apabila apa yang sara buat ketika tu seolah tak menjadi dan dah tak ada jiwa nak teruskan dalam keadaan yang mendesak untuk membayar komitmen. Sara antara yang terawal berhenti dan terus buka Jobstreet. Mencari kerja. dalam beberapa minggu sara dapat tawaran kerja dengan Lenovo. Gaji memang beza langit dan bumi dari saat lepas graduasi dan ketika buat bisnes direct sellings. Semua nya hanya cukup cukup makan. 2 tahun berlalu, sara seolah serik nak berniaga lagi, sara bantu abang sara seketika berjualan apparels dan baju baby di website. Tak mampu juga bertahan. Kerana tiada ilmu yang betul. Tiba masanya sara bernikah, sara masih sara yang serik nak lakukan bisnes apa apa. Sara jalani kehidupan biasa biasa , dan disahkan mengandung Sofia Althafunnisa, sara memang beritahu suami sara, sara taknak berhenti kerja sampai lah tiba masanya habis bayar komitmen.
Target sara ketika itu adalah nak selesaikan hutang yang membukit dengan bank. Sara teruskan kerja sampai lah saat melahirkan Sofia dan sara dapat cuti maternity selama 2 bulan. Usai balik dari maternity leave, kami dah mula mendengar gosip tak best iaitu, company tengah nak buang orang kerja, sara mencari kerja lain, dan sara dapat kerja berdekatan TUDM dengan gaji yang lumayan. Tapi entah di mana silapnya lepas sara hantar surat resign pada hari kedua kembali dari maternity leave, they said, the company cant wait for 1 month notice. dan pada ketika itu, my team leader , siap cakap lagi, yes I memang nak suggest you berhenti pun jaga anak you is better, jaga dia sendiri. Balik je rumah sara bagitahu kepada mak sara, and she was shocked.
Hati sara memang macam tisu ketika tu, fikir nak buat kerja apa cari duit lebih. Lagipun sara tak sampai hati tengok mak nak jaga baby sara kecik masa tu. Kita tahu penat dia macam mana kan. So kalau sara ada dkt rumah jaga sendiri, even better. Sara jadi babysitter for 6 months, sara decide berhenti jadi babysitter lepas abang cakap kami akan berpindah ke TUDM pada tahun 2017. So ngam ngam sara ikut abang ke Spain for almost a month, Sara pun dah tak jaga baby orang lagi. Dalam masa yang sama menjaga baby, sara berjualan botol susu kaca, dan juga homemade balms/oils. Laku memang laku. Selori sampai barang, habis dalam beberapa bulan sahaja. Untung juga banyak, tapi sara tak reti manage duit. Akhirnya sekali lagi, duit memang hanya untuk bayar komitmen and tak nampak apa apa keuntungan.
Balik sahaja dari Spain, sara dan abang jual kereta Lancer sara. Subhanallah it was peace of mind! hilanglah satu burden di bahu sebab bulanan nya agak mahal mencecah 4 angka. Sara dah tak mampu nak maintain. So pesan sara pada anak muda, janganlah ikut kata hati. Kereta ni yang boleh bawak you moving. So fikir betul betul sebelum nak beli. Rangka elok elok ikut kemampuan diri. 
Sara pernah cerita bukan, bila sara berjalan, sara suka cari inspirasi, termasuklah dari kembara ke Europe selama sebulan tu, sara mendapat ilham, dan azam tahun 2017 yang baru. Sara tanam azam nak jadi sara yang dulu tapi mahu lakukan bisnes secara sungguh sungguh. Sara mencari cari bisnes yang sesuai. Akhirnya bertemu dengan Mary Jardin. Atas pengalaman bisnes yang lalu , sara memang tanam target awal awal lagi di mana sara nak capai. Target pertama sara berjaya capai pada bulan ke empat dalam bisnes. 
Sara mula mendapat gaji yang sudah lama sara tak rasa. Namun sara tidak reinvest balik duit untung yang dapat tu kepada bisnes dan lebih fokus tentang perkara lain. Sara mula tersedar pada beberapa bulan yang lalu lepas diumum top 50 achievers yang mendapat kelas ecommerce web percuma dari HQ Mary Jardin. Ia merupakan the biggest turning point to my business. Selama 3 bulan berturut bisnes sara memang improved sangat sangat dari personal sales hingga ke total group sales! Sebab sara mula belajar aplikasi ilmu yang sara dapat satu persatu. Bila bisnes dah nampak berkembang, now sara dah sarat mengandung, akan melahirkan tak lama lagi. Sara mula hire 1 staf part time yang pada mulanya hanya runner. Alhamdulillah.
Banyak perkara menjadi lebih terurus walau banyak lagi perkara yang perlu dipelajari bersama. Tahun 2018 sara tidak mahu lagi perkara yang sama berulang dan mahu kukuhkan branding group MjSS dan mysarasofia/ Sara & Sofia ke level yang seterusnya.
Sara nak akhiri sharing pada harini dengan ingatan buat yang baru bermula jinak dalam bisnes. Jangan sesekali lupa tulis dahulu your OPEX. (Operational Expenditure) dan applykan dalam bisnes anda. Baru anda tahu kenapa anda buat bisnes dan cuba dapatkan max profit/revenue.

Operational Expenditure :

1. Gaji sara : berapa gaji anda tetapkan untuk diri sendiri dalam bulanan/tahunan
2. Gaji staf : berapa gaji tahunan staf dan bulanannya
3. Marketing : berapa kah total RM yang perlu dikeluarkan bulanan dan tahunan
4. Savings : Berapa savings yang perlu dalam setahun?
5. Cost price dan Sell price : Produk sendiri atau produk orang lain perlu tahu cost price dan sell price dan Sales bagaimanakah perlu anda lakukan bulanan/tahunan untuk dapat kan 1-4
6. Logistics : Kos begini harus diambil kira
7. Rental : Sara beroperasi dari rumah namun sara menyewa domain dan ecommerce web. Maka ia harus diambil kira.

8. Miscellaneous : Lain lain expenses

Itu sahaja nukilan sara untuk November 2017. Kita bertemu lagi nanti di tangga yang lebih gemilang!

JANGAN BERHENTI BERUSAHA!!!! 

No comments:

Post a Comment