Tuesday, November 21, 2017

Facial Massage & Therapy Time. Ambil Masa 30 minit Seminggu Untuk Rileks Serendah RM 20




Sebagai wanita, samada bekerjaya atau tidak, sudah berkahwin atau tidak, sudah mempunyai anak atau tidak kita memang akan menghadapi emosi yang pelbagai setiap hari. Berita kurang baiknya, setiap apa yang berlaku setiap hari melibatkan mental dan fizikal kita akan mempengaruhi emosi dalaman kita dan yang paling penting, bila kita penat mental atau fizikal, kita memang susah nak rileks atau happy! Hormon stress memang jahat :( , it can lead you to unhealthy lifestyle and as well penyakit yang tak baik pun mula lah nak menjengah.
Suka tak kalau sara katakan, now kita boleh atasi semua itu dengan penjagaan diri secara holistik, salah satunya adalah merapikan diri dengan terapi dan juga tak lupa penjagaan badan dan wajah secara total! Termasuklah penjagaan wajah.
Sekarang memang advanced kan teknologi penjagaan wajah. Macam macam ada. Tapi sebagai seorang ibu kepada bakal 2 orang anak, sara lebih suka memilih "pampering" myself dengan harga yang affordable, tapi masih lagi mewah dengan menggunakan produk natural dan basic.
Kalau kita bijak menjaga wajah, kita tidak sangat memerlukan teknologi atau krim atau produk yang lebih advanced dan terlalu mahal harganya. Cukup saja dengan penjagaan rapi , whiteheads,  blackheads, jerawat , kulit kusam, pun susah nak menjengah. Skincare routine yang baik juga akan memudahkan kita enhance beauty dengan mengguna hanya makeup tipis. 
Orang kata SIMPLE!
Kita akan berhadapan dengan manusia setiap hari, jadi penjagaan wajah, emosi , kesihatan adalah perkara paling penting untuk kekal bahagia dan happy selalu. Barulah boleh jemput rezeki dengan mudah kan. 
Panjang betul intro sara. Sebenarnya sara nak kongsi pengalaman harini memilih servis dari Ada, therapist dari The Babes Spa. Best sebab ada mmg bagi harga yang sangat affordable and mengguna essential oil berkualiti sepanjang perawatan and yang best, facial massage tadi kami guna produk Mary Jardin! Sara memilih refleksologi, urutan belakang dan juga facial. Sara memang tak suka urutan yang terlalu kuat, tapi rawatan Ada just nice for me. Tak menyakitkan, tapi memberi kelegaan and make me feel so relax. Sebenarnya ni kali kedua sara diurut oleh Ada.
Yang sara tak boleh lupa adalah, facial massage session. Produk yang diguna adalah simple sahaja, 4 berangkai dari Mary Jardin, tapi sara benar-benar suka sesi urutan wajah, boleh hilangkan rasa ketegangan di wajah, hilangkan stress, and buat kita rasa betul betul rileks. The after feelings? kulit lembut ibarat bayi sebab dah diurut dan dilulur dengan sabun Mary Jardin dan juga Clay Mask Mary Jardin. Dioles dan diurut lagi dengan face oil yang berbau aromaterapi. I just love it!
Selepas habis sesi urutan, dan facial, sara berkesempatan membuat analisis nadi dengan Ada. Ternyata sara perlu mengawal diri dari terlalu penat mental.When Im mentally exhausted , memang badan pun akan turut terasa kepenatannya. Tambahan pula sara dah nak approach 34 weeks pregnant. Jadi bagi sara penting, kita sebagai wanita yang sibuk, luangkan masa sekurangnya 30 minit seminggu untuk rilekskan diri kita. Tinggalkan semua urusan kerja dan anak anak kepada orang lain buat seketika.
Thats when you can find BALANCE!
Isteri dan ibu yang happy, akan mengharmonikan dan membahagiakan sesebuah keluarga. Insya Allah Amin!

Maka , sara nak tanya, ada yang nak berfacial massage and therapy serendah RM 20 mengguna produk Mary Jardin ?  


No comments:

Post a Comment