Friday, September 22, 2017

Memahami Penderaan Seksual ke Atas Kanak Kanak

Memahami Penderaan Seksual ke Atas Kanak Kanak Secara Ringkas.
Apa peranan kita sebagai ibu bapa?
Sungguh sara benar benar sebak menulis sharing ini hari ini, kerana mengenangkan terlalu banyak kes haruan makan anak, dan ahli keluarga sendiri yang mengambil kesempatan ke atas kanak kanak berikutan terlalu banyak kes yang telah dilaporkan dan berjaya ditangkap. Bagaimana dengan kes terpencil dan tidak pernah direport? Ia akan memberi kesan ke atas anak anak hingga ke akhir hayatnya yang akan terlibat secara tak langsung sebagai ahli masyarakat.
Mungkin sedikit perkongsian ini dapat membuka mata kita untuk berhati hati dan tidak percaya kepada sesiapa dan perlu ada sifat ragu dan perlu mengajar anak sedari kecil lagi pendidikan seks dan pendidikan Islam secara menyeluruh.
Semoga Allah melindungi anak anak kita, generasi kita dari wabak ini yang kian menular. Hanya Pada Allah kita berserah di samping melakukan terbaik peranan masing masing.










No comments:

Post a Comment