5 PENYEBAB JERAWAT DAN 5 CARA MERAWAT SECARA SEMULAJADI!
"Jerawat naik lagi? Aduh, macam mana nak pergi kerja ni! Aaargh! Besar pula kali ni!
Malunya.."
Ini perkara biasa bagi wanita. Ia dikatakan siklus normal dalam kehidupan manusia. So, jangan stress! Sebalik nya, cuba ambil cakna apa punca jerawat dan bagaimana mengatasinya. Nak tau apa puncanya? Jom baca!
1. Perubahan Hormon
Setiap individu mempunyai hormon yang berbeza. Wanita biasanya akan mengalami perubahan hormon ketika atau semasa datang haid. Ada juga disebabkan oleh akil baligh, mengandung atau kesan akibat pil perancang!
Awas! Inilah puncanya jerawat selalu bertenggek di dagu atau leher!
2. Tabiat Pemakanan
Pernah dengar ayat, "Kita adalah apa yang kita makan"?
Itulah bezanya kita dengan model dan pelakon yang berkulit cantik!
Mungkin kita perlu elakkan pemakanan yang tidak seimbang, berminyak dan makanan dari sumber tenusu yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat di muka!
3. Faktor Kebersihan
Seronok meraba - raba wajah? Kadang kita tidak sedar, jari kita bersih atau tidak. Ralit berbual di telefon, muka lama bertempek di telefon yang belum tentu bersih!
Mungkin juga span bedak yang selalu digunakan tidak bersih! Cara pembersihan make up yang tidak betul juga boleh menyebabkan liang pori tersumbat!
Benda yang nampak remeh, tapi itulah puncanya!
4. Stress
Manusia tidak akan terlepas dari stress atau tekanan. Kita mudah stress dengan kerja, keluarga, dan sesuatu perkara yang merisaukan!
Apabila stress, hormon adreline meningkatkan pengeluaran minyak di dalam kulit dan akan menyebabkan 'breakout'!
5. Persekitaran & Pencemaran
Warga kota tentunya terdedah dengan habuk dan udara yang tercemar. Setiap haru, wajah kita akan terdedah denga asap dan bahan kimia yang akan menyebabkan liang pori tertutup, inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.
Jom Rawat Secara Alami!
-------------------------------------------
Jangan cepat stress sekiranya jerawat naik. Mungkin anda boleh merawatnya dengan hanya menggunakan apa yang ada di dapur sahaja.
Mari kita lihat, apa bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai rawatan jerawat.
1. Bawang Putih
Disebabkan kandungan sulfur di dalam bawang putih, maka ianya sangat sesuai untuk merawat jerawat!
Hanya potong bawang putih kepada dua, dan tekapkan pada jerawat!

2. Yogurt & Madu
Hanya sebatikan dalam mangkuk. Sapu di kawasan jerawat. Biarkan selama 7 minit hingga 10 minit. Bilas dengan air suam.


3. Ais "Cube"
Letakkan ais kiub pada tempat terkena jerawat. Ia membantu mengecutkan jerawat secara semulajadi.

4. Tomato
Sebiji tomato diramas. Jika perlu, titiskan 1 sudu besar jus lemon. Sapu di muka sebagai masker. Biarkan ianya kering sebelum dibilas dengan air suam.

5. Wap Panas
Letak air panas dalam besen dan selubungkan kepala bersama! Cara ini boleh membuka liang pori dan kecutkan jerawat dengan berkesan! Jika amalkan selalu, muka pun lebih berseri seri! Cubalah!

Semuanya semulajadi!
Mudahkan!
Apa pun, ia bergantung kepada kebersihan dan tahap kerajinan kita untuk melakukannya.
Ingin tahu lebih lanjut cara merawat jerawat secara semulajadi yang lebih efektif?
Jom ke kedai online mysarasofia dan klik link ini!
Penggunaan keempat empat produk ini dapat merawat jerawat anda secara alami!
- Facial Soap Mary Jardin
- Face Oil Mary Jardin
- Detox Clay Mask Mary Jardin
- Collagen Serum Mary Jardin
No comments:
Post a Comment