Friday, September 8, 2017

KETAHUI FAKTOR JERAGAT DAN 5 CARA MEMUDARKANNYA !

KETAHUI FAKTOR JERAGAT DAN 5 CARA MEMUDARKANNYA !

Menjadi idaman setiap wanita wajah yang bersih dan bebas cela. Sesekali tompok-tompok bulat dan bersifat rata mewarnai muka yang bersih sudah pasti rasa malu dan tidak yakin mula menyinggah di hati. Kusam!

Ya, itulah jeragat!

Ianya tidak berbonjol seperti jerawat. Warnanya keperangan dan pelbagai saiz pada permukaan muka. Ramai pakar kulit telah mengklasifikasikan jeragat sebagai salah satu tanda kerosakan kulit! Mengejutkan bukan?

Mari kita lihat apakah punca jeragat.

Jeragat mempunyai 3 jenis kategori
1) Sinaran UV
2) Pigmentasi
3) Age spots

SINARAN UV
-----------------------
Jeragat jenis ini berlaku bila mana kulit terlalu TERDEDAH pd sinaran matahari TANPA perlindungan SPF.
Ultra Violet Burn (UVB) akan menyebabkan kulit kita mudah terbakar dan melanin akan dihasilkan dengan banyak utk melindungi kulit. Kesan nya, kulit akan kelihatan bertambah gelap dan tompok kecil mula terbentuk dan berpotensi menjadi lebih besar dan kusam serta kering!

Pigmentasi
--------------------
Ia selalu dikaitkan dengan perubahan hormon, pengambilan ubatan, pengambilan makanan yg tidak seimbang dan kurang aktiviti yg menyihatkan seperti bersukan.
Kegagalan pembuangan toksin di dalam badan adalah punca utama
Limph Node yg berfungsi sebagai penapis toksin anda tersumbat. Lama kelamaan toksin tersebut akan meresap masuk ke lapisan BASAL LAYER dimana bahagian tersebut berfungsi sebagai tempat penghasilan sel sel kulit baru. Tompok - tompok hitam tersebut sebenarnya adalah TOKSIN!

'Age Spots' @ Penuaan
Sekiranya anda mengalami jeragat disebabkan faktor ini, mungkin anda sudah terlambat untuk memudarkan atau menghilangkan nya! Jeragat jenis ini agak tebal dan berbintil serta timbul!

Kita sudah mengetahui apa punca jeragat, sekarang kita lihat pula 5 bahan semulajadi yang mampu memudarkan dan menghilangkan jeragat. Mungkin bahan tersebut boleh didapati di dapur anda sahaja! Jom lihat!

1. Kulit Kayu Manis
 Anda cuma perlu mengasahnya dengan menggunakan belakang lesung ataupun batu. Boleh dicampurkan dengan bedak sejuk dan disapu secara menipis di kawasan muka yang bermasalah. Hey, bukan sahaja parut jeragat semakin pudar, malahan jerawat turut mengecut dan muka menjadi lebih lembut!
2. Oat
Ambil sedikit oat dan dicampurkan bersama jus lemon. Gaulkan rata dan jadikan ia masker muka! Ironinya, jus lemon mengandungi vitamin C yang sangat tinggi yang bersifat melindungi kulit dari sinar uv dan mengurangkan pigmentasi!
3. Baking Soda
Hanya campurkan sedikit air bersama 1sudu teh baking soda dan sapu di kawasan yang bermasalah. Sifat baking soda sangat baik untuk penggelupasan secara lembut segala minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati dari kulit.
4. Bawang Merah
Bukan sahaja untuk memasak, malahan getah bawang merah mampu merawat jeragat! Caranya, potong bawang kepada dua bahagian dan gosok perlahan lahan pada bahagian wajah yang berjeragat. Bawang merah mengandungi sulfur yang juga bersifat penggelupasan lembut.
5.Betik
Betik mengandungi papain, sejenis enzim yang boleh menghilangkan jeragat. Caranya, sapukan jus betik segar ke atas jeragat dengan kapas muka. Urut perlahan lahan. Biarkan sekejap selama 10minit. Bilas pakai air sejuk!
Semua bahan ada di dapur anda? Bagus! Pilih salah satu sahaja dan amalkan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Yang pasti, semuanya dari bahan semulajadi dan natural!
Jika anda risau tahap kebersihan atau "hygiene" bahan semulajadi di atas, anda tidak perlu risau kerana Sara & Sofia mempunyai solusi! 
Nak tau lagi cara semulajadi untuk memudarkan jeragat?Jom klik sini.
Jom ke kedai online mysarasofia dan klik link ini!
Penggunaan keempat empat produk ini dapat merawat jeragat anda secara alami! 
  1. Facial Soap Mary Jardin 
  2. Face Oil Mary Jardin
  3. Detox Clay Mask Mary Jardin
  4. Collagen Serum Mary Jardin

No comments:

Post a Comment